Bridesmaid Collections by Qaysaa Hijabs

Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah, saya rampas takhta tulis blog kali ni. Harini nak cerita sikit pulak cerita di sebalik tabir our first so called "pilot project" haaaa..ni term org engineering, siapa org engineering paham la. It's tak lain tak bukan adalah our Bridesmaid Collection by Qaysaa Hijabs. Kenapa pula "pilot project" eh? Yelh 1st time ni Qaysaa Hijabs buat Bridesmaid Collection. Tu yang panggil "pilot project" tu! Nak dijadikan cerita, lps saya resign kerja "nine to five" as project engineer tu, saya mempunyai pemikiran mcm ni "weh aku dah join Qaysaa Hijabs ni, tak kn Qaysaa Hijabs pnya level dan sale nak mcm tu jgk kan?". So saya pn start la amik pen dan kertas dan draft planning for whole year stretch utk Qaysaa Hijabs ni. Then salah satu nya ialah saya nmpk yg bulan March akan ada CUTI SEKOLAH. Untuk korg paham tak cuti sekolah bermaksud apa? Mesti bagi korg oh cuti sekolah, jalan2, yelh pegi Ipoh makan nasi vanggey, pegi Melaka minum coconut shake. YES btol la tu utk korg. Tapi utk saya , saya nmpk kerja kawin laaaaa, yaaa...during cuti sekolah la org akan kawin. Pesta makan nasi minyak juga minum air sirap weh! Tapi rileks dulu....sebelum saya nak g mkn nasi minyak saya kena pikir something dlu utk nak utilize kerja kawin tu kan, kang tak pasal kena kick jadi kuli kat Qaysaa Hijabs kang. Hahaha. Long story short, after sessions of brainstorming dgn Kak Sa'a korg tu, we decided dgn nak buat keluaran Bridesmaid. Sbb utamanya, saya nmpk yg nowadays even fashion designer mcm Rizalman pn dah keluarkan ready-to-wear (RTW) for Bridal. Saya takde la gile sgt nak keluar kan rtw Bridal. Sebab tu bkn la "forte" kami di Qaysaa Hijabs, xpe biarkn pakar yg buat Bridal2 tu. Tapi utk bridesmaid, yes saya dan wife ada confidence lagi la. (sbb raya 2016 pnya baju ada org beli utk jadi kn bridesmaid set kot) so paham tak confidence tu ada?. Hahaha. So start la saya dgn wife pnya kerja, saya plan utk marketing, wife saya pikir psl design. As the result, saya ckp utk kali ni, pls saya nk "GRAND" sikit. Saya pilih venue di Farar Place yg beralamat di Dengkil. Ni satu banglo berkonsep cantik nak dead punya. Interior all white, decoration minimalis, siap ada swimming pool. Mmg cun lah. Saya bgtau lagi, utk collection kali ni saya nk buat video juga selain static photo. Sebab tahun 2017 = tahun video (sapa tau, tau la ok). So PhotoG saya hire @krphotographys dan VideoG saya hire @teddydaniel_ . Ok la part planning tu, settle satu bab. Tup tap tup tap, sampai la hari nak photoshoot tu. Saya pnya semangat la malam hari esok nak photshoot tu saya dah wasap sorg2, model, photoG, videoG dan owner Farar Place. "Sweet reminder our photoshoot esok, venue Farar Place. Location as attached. Jangan lambat". Begitu la bunyi msg saya pada dorg. So semua nya ckp OK la dan jumpa esok harinya. [caption id="attachment_1949" align="alignnone" width="800"] Behind the scene masa di Farar Place[/caption]   [caption id="attachment_1728" align="alignnone" width="800"] Ni hasil gambar dari BTS yg atas ni. hehe[/caption] Alhamdulillah, (ni bukan cerita drama tv3 ye) sambutan untuk baju Bridesmaid ni sangat2 di luar jangkaan. Alhamdulillah sekali lagi. Tujuan asal saya tulis ni pn sbb nak berterima kasih pada ahli2 majlis jawatan kuasa yg terlibat directly and indirectly dlm menjayakan projek baju bridesmaid ni. Disini saya jgk nak berterima kasih dan menghargai customer2 saya yg menyambut baik debut Bridesmaid Collection kami ni ha. Kalau bukan sebab korang takde la sampai muke saya masuk paper kan. Thx kak Hafzan of BH sbb sudi interview saya. hehehe [caption id="attachment_2051" align="alignnone" width="600"] Keratan akhbar bertarikh 02/03/17 :)[/caption] [caption id="attachment_2050" align="alignnone" width="600"] Ya pasangan Saiful Dzulkifli dan Siti Sa'adiah dah la kak, umor tu hide la sikit hahaha[/caption] Akhir kata dan juga harapan saya, semoga lps ni Qaysaa Hijabs blh teruskn idea koleksi Bridesmaid dan korg terus support. In Sha Allah akan dtg dengan design2 yg lagi gempak. Aminnn. Sekian. Saiful Dzulkifli Ketua Kultus Qaysaa Hijabs :cool:

Leave a comment