📢 NEW IN - ELLA PLAIN TOP. SHOP NOW!!!

The origin of Qaysaa Hijabs

Assalamualaikum wbt, Kekok pula rasa nya bila lama tak menulis blog tapi di paksa utk tulis blog semula. hehehe. Takpe2, kali ni sis rajin kan juga jari jemari ni utk menaip. Terisi juga lah masa lapang yang tak berapa nak lapang. hiks Macam tajuk kat atas tu, Qaysaa Hijabs | Origins (macam filem X-Men - Origins la konon2 hahaha). Ramai yg tanye siapa Qaysaa Hijabs ni, berapa lama dah ada dlm industri, siapa di  sebalik tabirnye Qaysaa Hijabs ni? Nama Hijabs tapi xde jual tudung pn. hahaha. Ok la sis akan ceritakan sedikit sebanyak psl sejarah tertubuhnya Qaysaa Hijabs. Sis akan ceritakan smpi sis dah penat menaip tau.

Pengenalan

Back in 2009, di asrama Melati, UiTM Shah Alam. Sis dulu study UiTM Shah Alam ambik course Accountancy. Masa zaman Uni tu suke la bergaya. Tudung lilit2, tudung belit2, tudung bawal, tudung siakap, tudung kelisa you name it, semua sis dah try. Nak di jadikan cerita ada la kawan2 kelas yang suke tgk sis ni pakai masa tu. Lps tu dorg tanya "Eh Sa'a, mana kau beli tudung ni, mana kau beli baju ni?" dan dari situ la sis rasa mcm ada satu peluang buat bisnes! Terus minggu tu juga sis ajak pakwe sis masa tu (sekarang dah jadi husband eh) pergi cari stock di Jalan TAR. Masa tu berbekalkan beberapa ratus ringgit je. Starting capital masa tu, dgn duit elaun JPA masa study je. hehehe. so sis dapat la bawak balik dlm 15-20 helai tudung masa tu. Esok nya sis dengan berkobar2 bgtau pada budak2 kelas yg dok tanya dulu tu. Sis pesan kat dorg kalau nk dtg tgk barang dtg ke bilik. Alhamdulillah, mmg sambutan mengalakkan masa tu. Tu yang membuatkan sis beralih dari jual di bilik ke jualan di....sambungan di bawah. hehehe.

Zaman Join Bazar dan Flea Market

Ok, lepas sis dah seronok dgn jualan kat bilik dan dalam UiTM Shah Alam (masa tu semua kolej pn sis dah conquer la. haha) sis pula terjebak dgn  join bazar dan flea market. Lupa dah macam mana organizer start dpt contact sis. Oh mybe zaman tu dah start guna FB as platform nak menjual. So dorg cari contact dan invite join ke bazar dorg. Masa tu lingkungan tahun 2010 - 2013 kot. Banyak sgt la bazar masa tu. Organizer pn ramai masa tu. Sekarang semua dah senyap, mybe bukan trend mcm tu lagi. Contoh organizer2 / event2 power masa tu yg sis masih ingat Keyya Kayya Bazaar di Rasta TTDI, Pekan Frinjan di Shah Alam, Rantai Art Market di Urban Village Bangsar, Markets @ Jaya One PJ, Paparazzi By Keyla di Solaris Publika, Femes Bazar di Bangunan Unitar KJ...eh bnyk la lagi, bnyk sgt. Mmg masa tu puas la turun naik brg dgn kete kancil sis tu. Hahaha. Di kala every weekend masa tu couple2 zaman Uni pergi dating kt Mid Valley dan Sunway Pyramid. Kami hanya dating kt bazar je. hahaha. Tapi disebabkan "passion", so rasa lagi happy. Korg dating buang duit, sis gain more money. hiks! Antara gambar2 yg masih lagi sis simpan utk kenang-kenangan :P [caption id="attachment_813" align="alignnone" width="800"] Keyya Kayya @ Rasta TTDI[/caption] [caption id="" align="alignnone" width="427"] Rantai Art Market @ Urban Village Bangsar[/caption] [caption id="attachment_1748" align="alignnone" width="800"] Markets @ Jaya One PJ[/caption] [caption id="attachment_1749" align="alignnone" width="800"] Ni masa Pekan Frinjan @ Shah Alam. Sebelah sis tu cuba teka siapa? hehe. Proud owner of @calacara !! kurus kubing masa tu.[/caption] [caption id="attachment_1752" align="alignnone" width="800"] Ni masa kat Paparazzi By Keyla @ Solaris Publika, sebelah tu siapa kenal? Proud owner of Nurul Wonder Wardrobe![/caption] Dah cukup2 throwback tu. hahaha. Ada benda sedih, ada benda happy masa meniaga bazar ni dik non. Sis igt lagi masa join bazar kat 1Mont Kiara masa tu, tak igt tahun bila. Organizer ckp crowd ramai, brg confirm laku. Ok la yg sis ni pn bgtau pakwe masa tu tlg load apa yg ada kt stor tu naik kete kancil. Sekali lps dah siap setup semua. Masha Allah, crowd nya "krik..krik" HAHAHAHAHA. Ye tak de orang langsung. Tapi takpe, tu semua pengalaman. Last sekali sis belanje si pakwe makan cake Secret Recipe je :P

Upgrade To Physical Boutique

Ok habis zaman 2009 - 2013, sis bernikah dgn si pakwe (En. Saiful Dzulkifli) pada 08/09/13. Lps bernikah tu rasa ada mcm rezeki bertambah (siapa nak rasa rezeki bertambah cepat2 cari jodoh dan bernikah), sis mula dgn join vendor boutique. Starting dgn butik Lolalovelyshop di Alam Avenue, Shah Alam. Pergh mmg sis impikan ada butik sendiri masa tu. Like whatttt. Butik sendiri kot. Tapi ni acah2 jelh ada butik sendiri sbb sewa dlm butik org as a vendor je :P Lama juga join butik Lolalovelyshop masa tu, ada la dlm 2 kali penggal PRU. Hahaha. Kemudiannnnn....start dari situ la sis doa pada Allah siang malam, kumpul duit, ikat perut, tahan nafas nak g shopping utk nak ada butik sendiri punya pasal. Alhamdulillah, Allah makbulkan. April 2014 sis berjaya juga dapatkan butik sendiri si Alam Avenue 2 Shah Alam. Renovation butik masa tu semua En. Husband buat sendiri saja. Yelh mana lagi nak bayar org, deposit nak msk kedai tu pn itu ini dah berapa. Dengan mengunakan slogan "Pelan-Pelan Kayuh" Alhamdulillah sebulan je masa di ambil utk siapkn renovation butik tu. Ala simple je renovate masa tu dik non. Pasang railing IKEA kt dinding, cat lantai, dgn pasang lampu berjurai2. Settle! Nnt sis payung gambar kt bawah eh. Start je operasi butik ni, masa tu sis buat ala2 butik vendor, tak tau la nape masa tu fenomena semua org pn nak bukak butik vendor. So sis pn follow la the trend. Ahaks. Lps setahun run butik vendor, dgn ada pahit dan getir nya, 2015 sis decided utk run solely buitk tu atas nama Qaysaa Hijabs Boutique (previously known as Qaysaa Hijabs Vendor). Butik masa tu tingkat atas sekali, konon nak rental murah. Kau ni jual baju. Lupa ke baju tu nak angkat naik ke atas tu guna kaki. Mmg kurus time ni angkat stock naik ke atas. Nasib baik ada En. Husband :P [caption id="attachment_1758" align="alignnone" width="600"] Tu nampak tak atas sekali dgn kain banner tak berapa nak siap tu. Alhamdulillah masa ni tu je mampu. hehehe[/caption] Bermula la episod berniaga di butik sendiri tahun 2014 ni. Masa ni bukan main happy la. Seronok sgt time ni. Layan customer walk in, amik gambar di dinding butik sendiri, yg cerita kena scam dengan org pn ada lah. Selama 2 tahun juga (2014 - 2016) sis utilize butik tingkat 2 ni. [caption id="attachment_1761" align="alignnone" width="600"] Ruangan dalaman masa 1st butik Qaysaa Hijabs, lantai pink kau. haha[/caption]

Pindah Butik Baru Lagi

En. Husband sis ni kerja nya dlm bidang Oil & Gas. Org minyak la konon. Kerja dia tak menentu ada kt rumah. Kalau setahun ada 365 hari, boleh kira dlm 105 hari je dia ada di rumah. Selebihnya dia di site la, di laut la, jaga projek. Nak dijadikan cerita, tanggal Jun 2016 dia resign dari kerja dia sebagai Engineer tu utk berniaga bersama sis. Dia pn tak tahan dah duduk jauh dgn anak bini. Dgn stress kerja lagi. So elok la mcm tu. Sis pun happy. Start dari Jun 2016 tu En. Husband pn bersama2 kerja utk Qaysaa Hijabs (back to our path masa 2009 - 2012) hehehe. Syukur Alhamdulillah. Pada July 2016, En. Husband membuat proposal utk berpindah ke tingkat bawah iaitu Ground Floor. Di mana butik Qaysaa Hijabs berada sekarang ni. Bab ni sis paling tak suka, kalau ada je benda yg En. Husband ni propose mesti ada incurred cost. Tapi setelah di terangkan justifikasi-justifikasi, sis pn redho.  Demi keselesaan customer utk walk in dan juga utk kembangkan lagi Qaysaa Hijabs. Mana brg2 yang blh reuse kami reuse, contoh nya kipas, lampu, set air cond. Mana yg blh jimat kita jimat kan. Hehehe. [caption id="attachment_1762" align="alignnone" width="800"] Masa proses renovation utk butik baru[/caption] [caption id="attachment_1763" align="alignnone" width="800"] Ni interior lps dah siap butik baru[/caption] [caption id="attachment_1764" align="alignnone" width="800"] Signboard yg baru juga mengantikan banner tak siap masa kedai lama. hehehe[/caption] So itu la sikit sebanyak kisah perjalanan pahit getir hidup Qaysaa Hijabs ni. Just satu je sis dgn husband pegang. Jangan lupa pada-Nya, jangan putus harapan pada-Nya. Doa lah minta yang terbaik utk dia berikan. In sha Allah setiap kesusahan ada kesenangan di penghujungnya. Sekian coretan dari sis, Siti Sa'adiah Proud Owner of Qaysaa Hijabs <3

118 comments

  • Muchas gracias. ?Como puedo iniciar sesion?

    rvsqwrazwy
  • http://mewkid.net/when-is-xuxlya/ – Amoxicillin Without Prescription Amoxicillin 500 Mg num.wxdd.qaysaa.com.gao.qg http://mewkid.net/when-is-xuxlya/

    ulevarux
  • http://mewkid.net/when-is-xuxlya/ – Amoxicillin Online Amoxicillin vaj.dake.qaysaa.com.xef.tf http://mewkid.net/when-is-xuxlya/

    epialehuofu
  • http://mewkid.net/when-is-xuxlya/ – Amoxicillin Amoxicillin 500 Mg zee.wfbq.qaysaa.com.djy.iu http://mewkid.net/when-is-xuxlya/

    anutopgo
  • HnzqYMRlcUIXA

    cWrtIdGvRfqgenuT

Leave a comment